
Aku ada masalah dengan isteri aku, aku kawin 7 tahun dan ada 2 orang anak. Aku ada marah2 isteri aku 5 tahun lepas, tetapi aku dah minta maaf dengan dia, berkali2. Dan awal tahun ni, isteri aku dah ubah perangai, dia macam lari pada aku, tak nak layan aku dah, pada awal bulan lepas, aku balik dari kerja outstation, dia cakap dia dah tawar hati pada aku, di sebabkan perangai aku suka tarik muka, padahal masa aku keluar makan dengan dia haritu, masa tengah ambik order, aku suruh dia mintak sos lebih dia tengking aku depan2 orang cakap aku tak sabar .. aku pon malu kat budak yang ambil order tu, aku terus tarik muka.
Selepas 3 hari pada tu dia ungkit semua, minta cerai cakap dia tak bahagia dengan aku, semua dia ungkit yang 6 tahun lepas.. so aku terdiam. Isteri dia kerjaya dan berpangkat. Aku kerja sendiri. Dari segi agama dia tidak solat. Aku jenis yang jaga solat..bila pergi berjalan, kalau aku berhenti solat , aku saja yang solat , dia tak nak solat buat tidak tahu, macam tak ade apa. Bila aku suruh solat dia tangking aku balik. Semua kemahuan dia aku turutkan, aku beli apa saja yang dia nak, kalau tak nak pon aku cuba beli sesuatu untuk dia. Sekarang dia mintak cerai dengan aku. Banyak kali dah tetapi aku tak sanggup nak lepaskan dia. Aku sayang anak2 , aku sayang family aku.
Dia nak file cerai dekat makamah nanti. aku tidak tahu rasanya aku dah buat terbaik untuk dia, aku biar kan dia nak lepak kawan2 sampai 4 pagi, pergi bercuti dengan kawan2. Dia nak karaoke aku tak halang.. aku sentiasa memenuhi hati dia tak nak dia terluka macam 5 tahun lepas, dia kata aku kongkong dia, padahal aku nak didik dia, tapi dia menyalah kan aku. Aku ni jenis permarah ( bukan maki hamun) marah macam biasa istilah tegurlah. Tetapi dia tak boleh terima apa yang aku tegur. Sekarang aku buntu raya ni pon aku balik kampung aku dengan anak2 aku je. Dekat 2 minggu baru 3 call cakap dengan anak aku, aku tidak tahu dia ni tak sayang anak ke? Tak rindu anak ke? tak fikir anak2 ke? Aku kesian kat anak. Dia balik kampung dia.
Dia tak bagi aku ikut dia balik sama, dia meluat , benci tengok muka aku. Dia cakap dia dah tawar hati kat aku dia minta aku lepaskan dia. Aku tiap2 malam Buat solat hajat minta allah tunjuk jalan penyelesaian baik untuk aku dan dia. Aku sayang dia, duit bagi je dia berapa dia nak belanjer dia, barang dapur, bil, anak sekolah , pengasuh semua aku yang bayar. Dia cuma kuarters, dan kereta dia saja dan insurance. Tapi bila dah gaduh dia ungkit semua kata aku tak bayar kuarters, tapi tak ape start pada bulan ni aku akan bayar kuarter kat dia. Isteri aku suka ber social, main smule , nyanyi, suka lepak. Aku banyak nasihat dia kembali lah pada allah, tapi dia tak nak suka dengar bende macam tu dia lebih suka hidup bebas, tido ikut suka, bangun ikut suka kalau hari cuti, bila aku cuti time off aku akan ambik 100% tngungjawab rumah termasuk basuh baju, masak pergi pasar, jaga anak2, mandikan anak2..
ada sebulan aku, ada 3-5 bulan, semua aku yang buat, sebab aku sayangkan dia. Aku tahu bila aku outstation dia jaga anak aku, kerja lagi. Mesti penat. Tapi skg ini yang aku dapat.. Dia mintak aku ceraikan dia, Dia cakap kalau aku tak ade pon sama je dia boleh survive Dia tak nampak apa aku buat kat dia , kalau dia nak apa2 aku mesti tunaikan walau pon masalah Aku banyak menangkan hati dia. Selalu fikir kan dia dengan anak, selalu ingat dia apa cara sekali pon.. sekarang muka aku tak nak tengok dia kata stress, tak lalu makan bila tengok muka aku.. Sekarang dia halau aku keluar kuarter , aku akan keluar nanti kalau itu yang dia nak. Aku sentiasa doa kan supaya allah buka kan hati dia.. aku buntu sedih.